Tuesday, August 24, 2010


Selamat Datang Ke Laman Blog Alumni JPPPJB , dengan kunjungan anda didahulukan ucapan terima kasih , diharapkan blog ini dapat memberikan manfaat yang baik untuk dikongsikan bersama khas untuk warga-warga jpp pjb yang dah pencen dari perkhidmatan sebagai wakil pelajar, anda juga boleh menjadikan laman ini sebagai laman perkongsian ilmu tentang Intisari yang disediakan termasuklah pengenalan, galeri, sembang-sembang, artikel, media retro radio dan tv dan lain-lain yang terdapat di Blog Alumni JPPPJB ini.

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan menggambarkan kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat, Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website yang baik dengan blog yang baik dan bercirikan islamiah, ilmiah yang terpenting sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani

Setiap yang dilahirkan di muka bumi ini akan melalui suatu tempoh masa yang dinamakan kehidupan. Setiap orang akan menafsirkan kehidupan ini berdasarkan maklumat dan pengalaman yang diterimanya sejak dia mula berfikir dan dapat menyimpan memorinya. Bagi seorang muslim dia melalui satu jalan pintas untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat kehidupan ini melalui Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w
Namun itupun bergantung kepada bagaimana cara dia dibesarkan dan sejauh mana pendedahan terhadap maklumat daripada sumber tadi yang diperolehinya sama ada daripada ibu bapanya atau persekitaran yang membesarkannya.